Google

Google

Monday, July 21, 2008

Happy Starter Pack

********************************************************

Setelah sekian lama berdiam diri dari sebarang pakej promosi, Digi kini keluar dengan pekej yang agak mengejutkan. Happy :) , sebuah Pakej yang membuatkan ramai pengguna terbeliak tidak kurang si merah dan biru yang termenung ketandusan idea. HAPPY adalah anak syarikat DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi). Even aku seorang pegguna Maxis yang setia pun, agak terdetik hati ini untuk beralih kepada Digi. Tapi pikir balik, susah nak tukar number phone ni coz ramai contact, member, family, borang, database dan macam-macam lagi yang dah simpan rekod number kita.

Kita lupakan pasal Hotlink dan Xpax. Jika dilihat pada pakej yang ada pada Happy, ianya satu idea yang amat sempurna. 99 sen maks? Ianya satu kerja gila. Mana mungkin hanya 99 sen dikenakan untuk bercakap selama 45 minit. Apa pula akan jadi jika orang yang korang hubungi tak banyak masa nak berbual? Hanya 1 sen/saat dikenakan. Tanpa kita sedari, kita agak rugi bila call kurang daripada 5 minit. Kite amik contoh 0.20sen/min, so makne nye klu kite call bawah daripada 5 minit, kite akan dicharge sbnyak 0.99sen @ rm1. Ada juga yang suka main miss call member kan? Apa jadi kalau tengah sedap-sedap miss call, tiba-tiba kejap je member korang tu angkat? Korang pun cancel la pulak call tu yang akan membuatkan panggilan korang akan dicharge mengikut saat digunekan. So bg yg suke misskol tu kedit anda akn sntiasa jimat…huhu.. Untuk sms plak akn dikenakan 0.10sen tuk setiap sms. HAPPY bukanlah pelan yang akan digunakan oleh DiGi tetapi oleh kerana ini adalah infrastruktur DiGi sendiri, 014 dan 016 akan digunakan untuk HAPPY.

Tambah nilai pula, sebagai pengguna Hotlink or xpax, kalau topup RM10 hanya untuk Seminggu dan RM30 untuk sebulan. Tapi untuk Happy, sebarang tambah nilai pun hanya akan expired dalam masa 2 bulan. Alahai, betapa best nya. Bagus untuk mereka yang sentiasa berjimat cermat mahupun kedekut kredit. Sudah semestinya, Happy direka Khas untuk membuat anda gembira. Untuk mendaftar HAPPY, terus ke website mereka untuk membuat pesanan Pek Happy. Ia akan dihantar secara percuma. Keterangan lanjut, korang call je 014-3456789.

No comments: