Google

Google

Thursday, January 1, 2009

masak pakai halba....

********************************************************
Assallamuallaikum,
Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah...
Rasulullah saw bersabda :
'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '
Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedaimamak sahaja.
Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldahdatang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makanHalba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
MANA NAK DAPAT Halba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.
Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.
InsyaAllah sembuh dengan izin Allah

~ KELUHAN SUBUH ~

********************************************************
Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. K utanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan s ayu , "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah- olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh. "Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kat Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" r ayu ku pada Subuh. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampirseparuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.

Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkn sebuah senyuman. "Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahku lagi esok hari?" "InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap."Assalamualaikum", seru Subuh."Waalaikumsalam", jawabku kembali.Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

Friday, November 28, 2008

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya - SeDih..

********************************************************
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balikkampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luarnegara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah danadik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa ceritaNaim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kataku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik mainsama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenangzaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dekjalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mestisemua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempungmenyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalukena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar diluar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim jugamesti terlopong.
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhentidi bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampirsepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang dudukmencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raizmenghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anakkemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apakau buattepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yangterkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! BalikMalaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusiapun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalanRaiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga kebawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekehdan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balikrumah ke?" Naim mengubah topik."Cadangnya gitulah!"" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.Banyakbenda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalumenarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati."Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabilamendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangicahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang."Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macamterjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebabnak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orangjahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempangdibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim."Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datangnak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naimterisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiztergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang ."Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempatnak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepijalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang jeboleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilangpulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli akumakan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, akubetul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raizmenyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergibelajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengokbalik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apaboleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dansepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayudan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam nipun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balikni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintakampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlahmakan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukulberapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dantilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.."Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raizbangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah
dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidurkat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkahayahnya."Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiadagelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yangbertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raizpandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malahberpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah."Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segeramengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim binMalik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah."Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang sayajumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?""Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggalhari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwahmak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpadia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelangraya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temuisemalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisipusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nakraya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujungkaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lahrumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naimlalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepadaarwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman disana !

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

9 Siti Yang Patut DI contohi...

********************************************************

1)SITI KHADIJAH

Merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak baginda.
Setia dan begitu kuat menyokong Rasulullah saw walaupun ditentang
hebat olah orang-orang kafir dan musyrik,serta sanggup menghantar
makanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira'.

2)SITI FATIMAH

Puteri Rasulullah saw yang amat tinggi budi pekertinya.Sangat kasih
dan setia kepada suaminya,Saidina Ali Karamallahu wajhah.Walaupun
Ali miskin sehingga tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang
berbantalkan lengan Ali,namun Siti Fatimah tidak pernah merungut.
Rasulullah pernah berkata ,"Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehingga Ali memaafkan kamu."

3)SITI AISYAH

Adalah isteri Rasulullah saw yang paling romantik.Sanggup berkongsikan
bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.Dimana saja baginda minum,
disitulah Siti Aisyah akan minum dengan menggunakanbekas yang sama.

4)SITI HAJAR

Isteri Nabi Ibrahim a.s yang amat patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT.
Sanggup ditinggalkan suami atas suruhan Allah SWT demi kebaikkan.Berjuang
mencari air untuk anaknya Nabi Ismail(pengorbanan ibu mithali)

5)SITI MARIAM

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk
mengandungkan Nabi Isa,meskipun begitu kuat tohmahan dan fitnah yang diterimanya.

6)SITI ASIAH

Isteri Firaun yang begitu tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang
dihadapinya daripada Firaun laknatullah.

7)SITI AMINAH

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah saw.Mendidik baginda
menjadi insan mulia dan tidak pernah gentar dengan ujian.

8)SITI MUTI'AH

Beliau adalah lambang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah
SWT syurga untuknya kerana sifat setianya kepada suami yang sanggup
menjaga makan minum.Setiap hari dia menyediakan tongkat untuk dipukul
suami jika layananya tidak memuaskan.Berhias dengan cantik dan kemas
hanya untuk tatapan suami sahaja.

9)SITI ZUBAIDAH

Wanita kaya lagi dermawan menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi
kegunaan orang ramai dengan niat hanya kerana Allah SWT.

9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah
Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 pada tahun 2007 bertajuk 'SITI IMPIAN'.

Friday, November 21, 2008

Lawak chot....

********************************************************
GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar..."

KEMIK

Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala..

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula..

Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"

MASA

Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."